-->

Realone

Jumaat, 21 Disember 2012

SeloKa 4pertanian1 2012

Tersebutlah kisah sebuah kelas,
Penghuninya nakal tap tak malas,
Bab mengutuk memang ada class,
Itulah perangai yg sukar dibanteras.
 
4p1 empunya angkara,
21 putri 11 putra,
Kalau memekak bagus2 belaka,
Buat cikgu sampai naik gila.
 
Dia bagaikan parents kami semua,
Berkulit putih dah berkahwin pula,
Cikgu Azradiana gerangan orangnya,
Matapelajaran sejarah itulah pilihannya.
 
Suatu hari bersuaralah kami,
Mencari monitor dikelas kami,
Sebulat suara kami mengundi,
Akhirnya Imran Zainuddin kami tabali.
 
Bila buat lawak ketawa tak henti2,
Sentiasa relax setiap pagi,
Orangnya rajin bijak bestari,
Itulah Mardhiah assistant kami.
 
Eskandar itu bendahari kami,
Pungut duit mengalahkan ceti,
Ke sana ke mari menagih money,
Macam mane kami tak sakit hati.
 
Mat jambu di dalam kelas kami,
Imran Noresyam itulah orangnya,
Bermain gitar hebat sekali,
Mampu cairkan hati wanita.
 
Satu sekolah mengenalinya,
Itulah rakan kami Moni namenya,
Kamarul pula duduk disebelahnya,
Hari2 jumpa mesti ade cerita.
 
Tidur itulah hobinya,
Bila belajar ternganga-nganga,
Tak pernah gabra cool je,
Nak tahu siapa Akim la orangnya.
 
Nak kata pandai bolehlah juga,
Dhiayauddin Rosleli itulah orangnya,
Buat lawak spontan gila,
Si  otai di dalam kelas kita.
 
Basri &Najmi duduk berdua,
Sentiasa bersama dimana sahaja,
Ribut badai tetap tidak memisahkan mereka,
Dah macam pasangan couple la pula.
 
Ku sangka diam rupenya peramah,
Sepatah ku tanya dua patah jawabnya,
Mudah tersenyum tak mudah marah,
Aliah la empunya nama.
 
Orangnya pendiam tak banyak bicara,
Kalau bercakap tak bunyi suara,
Anak GPK Koko disekolah ternama,
Itulah Hani gerangannya.
 
 
 
Wan Amanda name panjangnya,
Biasa dipanggil Amanda sahaja,
Kamus Oxford dalam kepalanya,
Nak cari makna tanya je dia.
 
Orangnya manja manis sekali,
Orangnya bercerita nak join sekali,
Siapa tak kenal minah sorang ni,
Itulah Awen miss universe kami.
 
Lain kampung lain negeri,
Muaz&Ikram name diberi,
Didalam kelas pendiam sekali,
Tp luar kelas gila2 diorang ni.
 
Ammar Asyari nama diberi,
Orangnya sopan memikat hati,
Bila buat kerja slow n steady,
Mana taknya cover handsome la dia.
 
Nak kata ganas tak boleh juga,
Tapi bab ketawa ajaklaah dia,
Pengawas perpustakaan jawatan tetapnya,
Puteri Balqis empunya nama.
 
Inilah dia Farah Adiba,
Kreatif dan kretis itulah sifatnya,
Bab akademik mmg dia tere,
Kalau koko tak tau la pula.
 
Naela&Nisa duduk semeja,
Naela baik beriman pula,
Nisa pula lain cerita,
Anak polis rupenya.
 
Budak dua org ni duduk semeja,
Azie&Que itulah orangnya,
Suka bergurau dan periang sentiasa,
Sebab itu kami senang dengannya.
 
Berspek mata cool je orangnya,
Anak kedua didalam keluarganya,
Bila bercerita tak ingat dunia,
Itulah Fara’ain namanya.
 
Lain pula rakan disebelahnya,
Hazira Izzati dialah orangnya,
Bab sastera serah je kat dia,
Katanya nak ikut jejak langkah bapanya.
 
Suka bertekak suka berlawan,
Ingatkan musuh rupanya kawan,
Mereka berdua memang sepadan,
Zafira&Syud empunya gerangan.
 
Minah kpop di kelas kami,
Itulah Intan nama diberi,
Kini Syafika punya story,
Diam2 berisi dia ni.
 
Nurul Asyikin itulah namanya,
Duduk ditepi itulah tempatnya,
Eqin Abet itu gelarannya,
Kehadiran sebulan boleh dikira.
 
 
 
Sudah putih gebulah pula,
Ungku Nurul Asyqin empunya rupa,
Bab2 formula serah kat dia,
Gerenti betul la punya.
 
Suka bergurau periang orangnya,
Nampak pendiam tapi banyak bicara,
Ahli koperasi jawatan disandangnya,
Itu dia Athila orangnya.
 
Mengutuk ada memuji pun ada,
Dari otak yang gila2,
Niat dihati nak bergurau saja,
Jangan pula ada yang terasa.
 
10A1 dalam genggaman,
Menjadi impian rakan setaulan,
‘Nothing is imposibble’ dalam kehidupan,
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
 
Tirai seloka berakhirlah kini,
Harap boleh ketemu lagi,
Doakan kami berjaya nanti,
SPM tahun depan sedia menanti.
 
*my second handmate for my classmate :)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dicatat oleh ieyla montana di 1:27 PG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Must Look Here !

IeyLa Athila

Reka Lencana Anda

About Me

Athila Azhari
Johor Bahru
4 December
JoliE 96
Mrs.H

click to create your own

Cuties Cbox

Followers

Arkib Blog

  • ►  2013 (1)
    • ►  Februari (1)
  • ▼  2012 (13)
    • ▼  Disember (2)
      • SeloKa 4pertanian1 2012
      • Never forget it
    • ►  November (1)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (3)
Dikuasakan oleh Blogger.
WARNING! At the below above is ATHILA JOHOR CORPORATION